Bermula dengan sekadar mencuba nasib, kini usahawan muda di Kimanis iaitu Shamsuri Nasaruddin berjaya mengembangkan perusahaan ikan bilisnya sehingga ke Sarawak dan Semenanjung.<br /><br />Daripada hanya 200 kilogram (kg) ikan bilis pada 2015, kesungguhan pemuda itu membuahkan hasil lumayan dan kini jualannya mampu mencecah sehingga 1,000 kg sehari.
